Eurovision: Europe Shine a Light

Eurovision: Europe Shine a Light (harfiah: Eurovision: Eropah Memancarkan Sinar) ialah rancangan televisyen siaran langsung dari Kesatuan Penyiaran Eropah sebagai acara pengganti dari Pertandingan Lagu Eurovision 2020, yang dibatalkan kerana pandemik COVID-19.[1] Rancangam ini disiarkan secara langsung dari Hilversum, Belanda pada 16 Mei 2020 dan berlangsung selama kurang lebih dua jam.[2][3] Rancangan ini dihoskan oleh Chantal Janzen, Edsilia Rombley dan Jan Smit, yang sebelum ini dijadualkan untuk mengacarakan Pertandingan Lagu Eurovision 2020 sebelum ia dibatalkan.[4]